Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TAKUT JUMPA ALONG? ABANG PPIM SEDIA TEMANKAN – MALAY MAIL – 10/11/2016
10 Nov 2016

KUALA LUMPUR, 10 Nov ― Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu ‘Along’.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pasukan dengan 30 hingga 40 anggota itu antara lainnya akan mengiringi pengguna semasa mereka menyelesaikan masalah dengan peminjam wang itu.

“Kalau peminjam ingin bertemu ‘Along,’ sudah tentu mereka takut dan bimbang keselamatan terancam. Jadi, anggota pasukan khas ini akan pergi bersama-sama mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pasukan khas itu akan dilancarkan secara rasmi sempena Forum Pengguna VI 2016 di Menara Felda di sini pada 12 November ini.

Mengenai forum itu, Nadzim berkata isu sara hidup dan penipuan pengguna adalah antara topik yang akan dibincangkan beberapa ahli panel termasuk Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Mengenai isu minyak masak, beliau berkata pengguna diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan. ― Bernama  http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/takut-jumpa-along-abang-ppim-sedia-temankan