Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TEPUNG GANDUM BERPELUNTUR : PERKATAAN BP SUDAH HILANG – HARIAN METRO – 18/1/2017
18 Jan 2017

harian metro 18.1.2017

” Tiada lagi tertera perkataan bahan peluntur Benzoyl peroxide pada bungkusan paket tepung gandum sejak ia di hebohkan baru-baru ini,” demikian kata-kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata ia berdasarkan tinjauan yang dilakukan pihaknya di beberapa premis perniagaan sebagai susulan pendedahan yang dilakukan sebelum ini.

” Memang tanda atau logo penggunaan BP tidak lagi tertera pada paket tepung namun PPIM tidak dapat memastikan sejauh mana kandungan sebenarnya.

” Sudah tentu pihak berwajib perlu melakukan siasatan rapi bagi memastikan sejauh mana tiada kandungan BP dalam tepung seperti yang tertera dalam paket,”katanya.

Menurut beliau,bantahan mengenai penggunaan BP dalam tepung gandum sudah diutarakan sejak dahulu lagi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun,alasan yang diterima kandungannya tidak melebihi sukatan yang ditetapkan menyebabkan penggunaan BP diteruskan.

“PPIM tidak mempunyai kuasa yang besar untuk membantah penggunaan BP sebaliknya hanya menyuarakan pendapat berdasarkan keadaan semasa,”katanya.

Tambah beliau,walaupun kandungannya sedikit,tetapi ia boleh menjadi dan banyak dan bahaya pada masa akan datang.

“Malah beberapa negara seperti Indonesia dan China juga mengharamkan penggunaan BP kerana boleh memudaratkan kesihatan,”katanya.

Minggu lalu,PPIM mendedahkan beberapa jenama tepung gandum mengandungi bahan peluntur sekali gus boleh menyebabkan Kanser.