Sila baca terma dan syarat dengan teliti. Dengan menggunakan kemudahan ini, anda bersetuju mematuhi terma dan syarat berikut. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, sila hentikan penggunaan perkhidmatan ini.
TERMA & SYARAT
DEFINISI:
- PPIM adalah singkatan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
- API adalah singkatan dari Angkatan Pengguna Islam.
- BMF adalah singkatan dari BlueMosque Fraternity.
- Pengguna adalah satu istilah yang digunakan untuk menerangkan pengguna atau ahli yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perkhidmatan ini.
- E-Banking PPIM adalah kemudahan yang membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian kepada PPIM dari lokasi yang dikendaki menggunakan sambungan internet.
- Transaksi adalah dirujuk sebagai proses pembayaran dan pembelian.
KHAIRAT KEMATIAN
- Perlindungan khairat kematian disediakan oleh TAKAFUL IKHLAS.
- Khairat kematian ini hanya sah kepada ahli berumur antara 18-69 tahun untuk ulang tahun seterusnya.
- Jika berlaku kematian biasa dalam masa 3 bulan pertama(dari tarikh pembayaran dibuat) tiada pampasan yang akan dibayar. Jika dituntut waris yang berhak, semua pembayaran pendaftaran setelah ditolak perbelanjaan pengurusan akan dikembalikan.
- Manfaat untuk kematian adalah tertakluk kepada syarat-syarat pengecualian standard. Kematian akibat bunuh diri, mabuk, kecederaan yang disengajakan dan yang seumpamanya tidak dilindungi oleh skim ini.
PENAFIAN
- PPIM menyediakan platform pembayaran E-Banking ini sebagai satu kaedah alternatif pembayaran dan pemberian sumbangan kepada PPIM. PPIM tidak menguruskan transaksi pembayaran sebaliknya oleh penyedia perkhidmatan iaitu Webonline Dot Com Sdn Bhd(Web Cash) yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.
- PPIM berhak membatalkan keahlian API seseorang individu & keahlian BMF sesebuah syarikat dan mengembalikan wang pendaftaran.
- PPIM tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kos tambahan atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kemudahan ini.
- PPIM berhak menukar syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Perubahan adalah merujuk kepada sebarang urusniaga berikutnya.
- Kaedah pembayaran ini adalah untuk pembayaran kepada PPIM sahaja.
AM
- Pendaftaran keahlian API adalah dari pengguna yang berumur dari 18tahun tingga 69 tahun pada ulang tahun kelahiran berikutnya.
- Pendaftaran keahlian BMF adalah khas untuk syarikat pemilikan 100% Muslim.
- Bagi menggunakan perkhidmatan pembayaran E-Banking, pengguna tidak perlu mendaftar sebagai ahli PPIM terlebih dahulu.
- Pembayaran melalui transaksi E-Banking yang dibuat kepada Webonline Dot Com Sdn Bhd dari laman web PPIM akan disalurkan semula kepada PPIM.
- Transaksi yang telah disahkan tiada sebarang bayaran balik kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
Perubahan maklumat pengguna dibenarkan kecuali pada ruangan Nama, No. MyKad, Agama, Jantina & Username. - Yuran RM1.00 bagi setiap transaksi di kenakan oleh pihak bank bagi setiap transaksi yang berjaya.
- Sekiranya terdapat Diakui bahawa segala keterangan yang diberikan di dalam ruangan ini adalah benar..
Persatuan Pengguna Islam Malaysia berhak untuk membatalkan permohonan saya sekiranya maklumat yang diberi adalah tidak benar Sekiranya terdapat mana-mana maklumat dan keterangan yang diberikan tidak benar.
RESIT
- Dalam usaha untuk memastikan semua transaksi direkodkan, anda perlu mencetak / menyimpan bukti pengesahan pembayaran yang berjaya pada akhir proses pembayaran. Ini diperlukan bagi rujukan pada masa akan datang.
LAIN-LAIN
- Dengan mendaftar sebagai ahli Angkatan Pengguna Islam (API) atau BlueMosque Fraternity (BMF), anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda selaras dengan dasar Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta perlembagaan & undang-undang negara.
- Polisi yang telah dibangunkan mungkin berubah dengan mengambil kira perubahan teknologi, sebarang perubahan akan dimaklumkan dihalaman ini.
- Maklumat transaksi pembayaran E-Banking tidak direkodkan dan diuruskan oleh PPIM sebaliknya oleh penyedia pekhidmatan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu Webonline Dot Com Sdn Bhd(WebCash).
- Maklumat kad kredit & perbankan adalah disimpan untuk tujuan transaksi sahaja. Tiada rekod kekal apa-apa maklumat peribadi disimpan apabila anda menggunakan kemudahan pembayaran E-Banking.
- Jika anda menggunakan sistem keselamatan “Firewall / Pop Up Blocker” yang tinggi, anda mungkin mengalami kesukaran menggunakan kemudahan ini.
- Jika didapati pengguna & syarikat yang berdaftar melanggar terma & syarat atau mana-mana prinsip PPIM, PPIM berhak membatalkan pendaftaran & keahllian, wang pendaftaran setelah ditolak kos pengurusan akan dikembalikan.