Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Timbalan Perdana Menteri bakal merasmikan Forum Pengguna ke 7 – PPIM – 30/3/2017
30 Mar 2017

Timbalan Perdana Menteri bakal merasmikan Forum Pengguna ke 7

Perjumpaan antara Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi adalah untuk menyerahkan jemputan maljis perasmian Forum Pengguna ke 7 2017 pada bulan November ini.

Bagi forum yang ke tujuh kalinya ini, diadakan sempena ulang tahun persatuan ke 20 tahun perjuangannya. Beberapa ahli panel juga akan dijemput untuk berkongsi pengalaman sekali gus menjawab persoalan dari peserta mengenai isu kepenggunaan.

Forum tahun lalu yang membawa tajuk Kemiskinan: Takdir atau Pilihan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Hampir seribu orang yang menghadiri Forum Pengguna 2016 dan Forum tersebut menerima maklum balas yang amat positif dari masyarakat dan pengunjung yang hadir.

Selain itu, YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberikan pujian atas perlaksanaan program tersebut dan dengan adanya program seperti ini mampu memberi kesedaran berkenaan kuasa hak pengguna kepada masyarakat.

WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.43 PM WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.44 PM  WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.50 PM WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.51 PM WhatsApp Image 2017-03-30 at 1.38.52 PM