Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TOQQI MENGAMUK SAMSENG JALANAN TUNJUK BELANG! – PPIM – 2/8/18
07 Aug 2018

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi@Nadzim Johan sendiri menjadi saksi kejadian yang berlaku di Jalan Tun Razak kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Dua samseng berbangsa India cuba menahan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di persimpangan lampu isyarat. Tindakan mencurigakan memaksa Toqqi turun bersemuka dan hasil soal jawab mendapati kedua mereka tidak memiliki surat dan kad kuasa yang sah.

Sikap tidak mahu memberi kerjasama yang baik menimbulkan pertelingkahan antara pihak PPIM dan samseng terbabit. Menjadi persoalan apabila SOP yang sepatutnya dipraktikkan oleh pihak bank dan penarik kenderaan tidak diendahkan sesetengan pihak.

Modus operandi yang digunakan juga menimbulkan kerisauan PPIM apabila data peribadi pemilik kenderaan diperolehi dengan begitu mudah oleh pihak ketiga.

https://www.youtube.com/watch?v=byg3PW_sSfk