Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TUBUH SURUHANJAYA TANGANI GENGSTERISME – BERITA HARIAN – 4/2/2017
04 Feb 2017

berita harian 4.2.2017

TUBUH SURUHANJAYA TANGANI GENGSTERISME
Penasihat undang-undang, Hishamuddin Hashim mencadangkan satu suruhanjaya khas diwujudkan bagi menyiasat maklumat diberikan semua bekas ahli kongsi gelap, ke arah menangani isu gengsterisme di Negara ini.
Beliau yang mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata berikutan pendedahan Kingpin, pihaknya percaya ada pihak melindungi jenayah kongsi gelap dan memaklumkan kehadiran pihak berkuasa
Katanya keadaan ini menyebabkan kegiatan kongsi gelap sukar dihapuskan kecuali diwujudkan badan khas bagi menanganinya.
“Selain itu, maklumat penting seperti lubuk dan dalang penjenayang boleh disalurkan dengan efektif tanpa terdedahnya identity sumber” katanya kepada BH
Akhbar ini semalam melaporkan penderitaan seorang ahli kongsi gelap sepanjang 17 tahun menjadi gangster kerana tidak tahan dengan ancaman keselamatan bukan sahaja terhadap dirinya, malah keluarga dan berhasrat membantu pihak berkuasa menangani gengsterisme
Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata suruhanjaya atau pasukan khas berkenaan boleh mengumpul data mereka yang pernah terbabit dalam kumpulan kongsi gelap.
Katanya, data maklumat berkenaan penting supaya program pemulihan boleh dilaksanakan dengan baik, sekali gus memanfaatkan peranan mereka untuk membantu Negara.
“Ramai bekas ahli kongsi gelap yang sudah menyumbangkan khidmat, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran mereka untuk membanteras jenayah.
“Usaha ini perlu disokong dengan bimbingan berterusan seperti penerapan nilai murni bagi mengelakkan mereka terjebak kembali dalam kegiatan lampau
“PPIM turut menyediakan platform membantu golongan ini agar mereka tidak terus terpinggir atau kembali kepada kegiatan lampau,” katanya.