Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TUDUHAN TERHADAP YUSUF TIADA KAITAN DENGAN PPIM – MALAYSIA GAZETTE – 30/3/18
31 Mar 2018

Screen Shot 2018-03-31 at 1.22.35 PM

 

KUALA LUMPUR – Datuk Nadzim Johan menafikan cakap-cakap sumbang berhubung tindakan Yusuf Azmi keluar daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ada kaitan dengan adik lelakinya.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua aktivis persatuan tersebut menegaskan, langkah Yusuf meninggalkan PPIM adalah di atas kerelaannya sendiri dan bersifat peribadi.

“Tidak ada kena mengena perkara itu dengan Yusuf yang telah keluar daripada PPIM ini. Dia membuat keputusan itu dengan rela hati,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Nadzim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan di netizen di media sosial bahawa langkah Yusuf keluar daripada PPIM baru-baru ini ada kaitan dengan adiknya.

Yusof memberitahu beliau keluar dari PPIM pada Selasa lalu.

Timbul dakwaan tindakan Yusuf itu bagi menutup skandal adiknya yang mempunyai jawatan di dalam PPIM serta turut menggunakan kedudukannya untuk meraih sesuatu.

Terdahulu, Nadzim bersama anggota PPIM meraikan rakan media dan rakan strategik pada majlis silaturahim yang diadakan di sebuah restoran di sini.

Dalam pada itu Nadzim menegaskan, persatuan tersebut telah menempuh pelbagai onak dan duri sepanjang penubuhannya.

Katanya, semua cabaran terutamanya melibatkan tuduhan sudah menjadi asam garam dalam perjuangan selama ini.

“Kita anggap semua ini (tuduhan) sebagai satu pengalaman dan tetap akan meneruskan matlamat untuk membantu orang ramai.

“Ini mungkin ujian daripada perjuangan yang kita lakukan, apa yang penting kita kena lakukan apa yang dibuat dengan bijaksana,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

Artikel Oleh : Malaysia Gazette

TUDUHAN TERHADAP YUSUF TIADA KAITAN DENGAN PPIM

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/03/30/tuduhan-terhadap-yusuf-tiada-kaitan-dengan-ppim/