Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TUNTUT BAKI RM560,000 – HARIAN METRO – 19/4/19
19 Apr 2019

Metro ( Tuntut baki RM560,000) 19.4.19

Saya meminjam dengan orang lain untuk bayar duit pembekal, pekerja dan keperluan lain sementara menunggu bayaran penuh dijanjikan pemaju utama.

“Dari segi kerja ditawarkan, saya selesaikan semuanya, tetapi duit pula tidak dibayar seperti dijanjikan,” kata Mohd Fauzie Ezani.

Kontraktor berusia 34 tahun itu kini menuntut bayaran untuk kerja pembinaan dan landskap bangunan Hospital Kuala Krai, Kelantan berjumlah RM560,000 daripada pemaju utama yang berdolak dalik dengan pelbagai alasan menyebabkan dia terpaksa berhutang.

Katanya, dia ditawarkan projek berkenaan dengan harga RM1.3 juta pada Disember 2017 dan memulakan kerja dua minggu selepas itu dengan perjanjian menerima bayaran berkala.

“Selama beberapa bulan, kerja landskap disiapkan dan menerima bayaran RM459,930 manakala bakinya tergantung hingga kini.

“Saya pula seperti orang minta sedekah, terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur berjumpa pegawai syarikat pemaju bagi mendapatkan penjelasan.

“Mereka juga berjanji untuk memberikan bayaran RM50,000 Mac lalu, tetapi saya hanya dapat RM5,000 saja. Bila ditanya, saya dimaklumkan mereka akan buat pembayaran berperingkat, tetapi hingga kini tiada sebarang perkembangan,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bimbang wujud elemen rasuah oleh pemaju utama selepas gagal membayar seperti dijadualkan.

Katanya, sama seperti isu kelmarin, kontraktor Bumiputera kini terhimpit dengan isu pembayaran yang gagal dibuat sama ada oleh pemaju atau agensi kerajaan hingga memaksa usahawan gulung tikar.

 

Artikel oleh : Harian Metro

TUNTUT BAKI RM560,000