Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TUNTUT SI MATI BAYAR HUTANG – HARIAN METRO – 13/9/18
13 Sep 2018

Metro ( tuntut si mati bayar hutang ) 13.9.18

Kuala Lumpur: ‘Bila mau bayar’, ‘macam mana dengan payment’ (bayaran) dan ‘kalau tak bayar saya pergi cari sampai office’ (pejabat) antara mesej ugutan yang dihantar ke telefon bimbit seorang peminjam along walaupun mangsa meninggal dunia, bulan lalu.

Biarpun dimaklumkan dan dikemukakan bukti dokumen kematian, ia seperti tidak diendahkan along terbabit yang bertalu-talu menghantar WhatsApp dan SMS selain menghubungi nombor mangsa yang disimpan anaknya.

 Masing-masing sibuk bertanyakan bila bayaran akan dibuat walaupun Unit Banteras Ceti Haram (UBCH) Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM) berkali-kali memaklumkan peminjam sudah tiada dan kes itu dikendalikan unit terbabit.
 Pengarah UBCH, Azman Kang berkata, meskipun sejak seminggu lalu nombor yang masih aktif itu berada dalam simpanan PPIM untuk urusan penjadualan semula bayaran, namun semua 25 along berkenaan tetap berkeras menuntut wang.

“Mangsa meminjam daripada 25 along sejak tahun lalu dan dalam proses menjadualkan semula pembayaran melalui PPIM.

“Malangnya belum sempat kita selesaikan semua proses itu, mangsa meninggal dunia bulan lalu. Selepas itu, kita maklumkan kepada semua along ini berserta bukti, tetapi mereka tidak mengendahkannya dan terus menghantar mesej ugutan ke telefon arwah.

“Ini kali pertama kita mengendalikan along yang langsung tidak ada budi bicara dan berterusan menghubungi peminjam biarpun tahu dia sudah meninggal dunia serta ada pihak ketiga menguruskan kes,” katanya di pejabatnya, semalam.

Hingga petang semalam, 60 panggilan daripada 15 along termasuk lebih 100 pesanan WhatsApp dan lebih 200 SMS diterima telefon bimbit arwah.

Semua bertanyakan mengenai tarikh bayaran dan mengugut untuk mencarinya di pejabat dan mengganggu keluarganya jika tidak menerima wang dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Mira, 28, berkata, arwah ibunya mula meminjam setahun lalu untuk membuka kedai jahitan di Pulau Pinang.

 

Artikel Oleh : Harian Metro

TUNTUT SI MATI BAYAR HUTANG

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/09/376766/tuntut-si-mati-bayar-hutang