Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
WASPADA JERAT IKLAN LEO – HARIAN METRO – 20/9/18
21 Sep 2018

Metro ( waspada jerat iklan leo ) 20.9.18

Netizen diminta berwaspada jika menerima mesej iklan ramalan nombor ekor, nasib serta perjudian secara atas talian disyaki dipromosikan sindiket penipuan menerusi Facebook (FB) untuk mengumpan mangsa.

Difahamkan taktik pengendali FB menggunakan pangkal nama Leo itu adalah dengan memohon menjadi rakan sebelum meminta mangsa berkongsi nombor telefon mereka.

Malah bagi menarik perhatian, akaun FB disyaki dikendalikan sindiket penipuan itu menggunakan gambar profil wanita jelita bertudung, berpakaian seksi dan lelaki tampan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, FB berkenaan dikesan aktif sejak beberapa bulan lalu manakala permohonan menjadi rakan dihantar secara rambang.

Beliau berkata, PPIM menerima aduan daripada orang ramai minggu lalu selepas menyedari kewujudan iklan berkenaan ketika melayari Internet.

“Permohonan menjadi rakan itu dihantar kepada pemilik akaun yang ada ramai kenalan.

“Selepas menjadi rakan, pengendali FB (sindiket) berkenaan berusaha berinteraksi dengan semua kenalan pemilik akaun terbabit dan mula menghantar mesej peribadi berunsur iklan,” katanya.

Nadzim berkata, hasil semakan PPIM tidak menolak kemungkinan FB berkenaan dikendalikan sindiket atau kumpulan sama.

Berikutan itu, beliau menasihatkan netizen tidak mencuba sebarang bentuk permainan berunsur perjudian kerana bimbang dijerat sindiket.

Artikel Oleh : Harian Metro

WASPADA JERAT IKLAN LEO