Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
YPNM SOKONG PROGRAM JELAJAH MERDEKA RIDE 2017 – UTUSAN MALAYSIA – 14/8/2017
14 Aug 2017

utusan malaysia 14.8.2017

Kuala Lumpur 13 Ogos – Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) akan terus memberi sokongan padu kepada program amal, Merdeka Ride 2017 “Kembara Kemanusiaan” yang dianjurkan oleh Anita Bikers Club bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-60.

Program yang turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Skuad 1JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu merupakan titik mula dalam menyuntik semangat patriotisma dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan berkata,penjelajahan selama enam hari ke seluruh Semenanjung oleh enam penunggang motosikal berkuasa tinggi itu telah membawa mesej yang berguna kepada masyarakat.

“Kita cuba pendekatan berbeza dengan menyuntik semangat dalam diri anak-anak muda agar sayang kepada negara dengan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang penjelajahan tersebut.

“Dalam kita mengingatkan mereka dengan sambutan kemerdekaan, pada masa sama, kita dapat menggalakkan mereka untuk mempraktikkan kempen keselamatan serta pemanduan berhemah Go-Green dan kami Prihatin,”katanya.

Sebelum itu, beliau menyaksikan perasmian penutupan Merdeka Ride 2017 yang disempurnakan oleh Pengarah JPJ WPKL, Datuk Ismail Zawawi, yang turut dihadiri Pengerusi YPNM, Datuk Husainay Hashim.

Sementara itu, Presiden Anita Bikers Club, Anita Yusup berkata, siri kembara pada kali ini telah melahirkan ramai insan prihatin khususnya dalam kalangan peserta itu sendiri.