Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
100,000 MOHON BANTUAN ZERO HUNGER – BERITA HARIAN – 06/05/2020
06 May 2020

CYBERJAYA: Lebih 100,000 permohonan bantuan makanan diterima menerusi program Zero Hunger tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim, berkata daripada jumlah itu kira-kira 9,000 bantuan sudah disampaikan kepada ketua isi rumah di seluruh negara.

Sumbangan makanan itu diberikan kepada golongan B40 dan yang menerima gaji harian tidak mengira bangsa dan agama.

“Setakat ini kami sudah mengumpul sumbangan hampir RM1 juta dan akan mengagihkannya kepada penerima secara berperingkat,” katanya pada majlis penyerahan bantuan Zero Hunger dengan kerjasama Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Malakat Mall di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Bantuan berkenaan adalah hasil derma individu, korporat dan syarikat swasta.

Sumbangan kepada penerima diagihkan 200 sukarelawan dari seluruh negara termasuk ahli Kelab Pacuan Empat Roda.

Fadzil berkata, pihaknya turut mengadakan inisiatif tabung susu untuk keluarga yang putus sumber kewangan berikutan PKP.

Sementara itu Nadzim berkata, pihaknya menyeru lebih banyak syarikat swasta dan perbankan membantu menghulurkan bantuan agar tiada pihak yang kelaparan di negara ini.

Sekiranya jumlah dana yang dikumpul itu banyak, maka program itu dapat diadakan secara berterusan disamping dapat dinikmati lebih banyak penerima.

Artikel oleh: Berita Harian

100,000 MOHON BANTUAN ZERO HUNGER

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/685806/100000-mohon-bantuan-zero-hunger