Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1017) RAKYAT NEWS 30/11/2013 ISU KENAIKAN GAJI -KEPUTUSAN MB SELANGOR TINDAKAN DRASTIK
02 Dec 2013

KUALA LUMPUR 30 Nov –
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan hari
ini berkata, tindakan kenaikan gaji yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Khalid Ibrahim baru- baru ini merupakan satu tindakan drastik.

Beliau berkata, memandangkan Pakatan Rakyat berjaya memerintah
negeri Selangor untuk penggal kedua, pembangkang bertindak melampau dengan
menaikkan gaji sehingga 300 peratus dan melebihi peruntukan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pada saya kerajaan negeri Selangor perlu bertindak secara
rasional,
“Ini satu tindakan drastik yang dibuat oleh kerajaan negeri
dimana mereka menaikkan gaji sehingga 300 peratus dan melebihi Perdana
Menteri”, katanya selepas merasmikan Seminar dan Penerangan Rasionalisasi
Subsidi di Dewan Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini. 
Sohaimi menjelaskan, kenaikan gaji boleh diterima tetapi tidak
melampau sehingga 300 peratus  diberikan terhadap menteri besar, exco
kerajaan negeri, speaker Dun, timbalan speaker dan Adun kerajaan Selangor.
Sementara itu, beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno,
mengumumkan Sekretariat Bebas Muflis yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) dan Umno menganjurkan Klinik Bebas Muflis pada 10
Disember ini.
” Ia bertujuan memberikan kelonggaran kepada sesiapa yang
terlibat dalam isu muflis,” katanya kepada pemberita RakyatNews.
Sohaimi menyeru kepada sesiapa yang terlibat dalam isu muflis ini
agar datang untuk memberikan maklumat serta bawa bukti serta sebarang kertas
sokongan untuk direkodkan.