Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1025) UTUSAN MALAYSIA 5/12/2013 KENAIKAN TARIF ELEKTRIK TIDAK SESUAI DENGAN MASA
06 Dec 2013

KOTA BHARU 4 Dis. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Kelantan, meminta kerajaan mengkaji semula kadar tarif elektrik yang akan
dinaikkan sebanyak 14.89 peratus awal bulan hadapan.
Ketua Aktivisnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani
berkata, kenaikan tersebut memberi kesan kepada imbangan ekonomi terutamanya
golongan miskin yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Biarpun angka itu menunjukkan peratus yang kecil namun
dari segi nilai saraan hidup rakyat, kenaikan itu amat tinggi dan akan
membebankan mereka.
“Taraf hidup di negara kita masih seperti biasa dan
kenaikan tersebut akan menyebabkan kadar inflasi melambung tinggi yang secara
tidak langsung akan memberikan kesan kepada penduduk miskin,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.
Kadar purata tarif elektrik di semenanjung akan dinaikkan
sebanyak 4.99 sen/kWj atau 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54
sen/kWj kepada 38.58 sen/kWj.
Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata
tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak lima sen/kWj (peningkatan sebanyak 16.9
peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj.
Mohd. Fared berkata, kenaikkan tersebut tidak mustahil
mengundang impak kepada peningkatan kos-kos lain yang berkaitan dengannya.

“Tindakan ini tidak munasabah dan tidak sesuai pada
masanya ketika rakyat baru sahaja menghadapi bebanan berikutan kenaikan
pelbagai harga barangan seperti minyak dan gula,” katanya.