Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1032) KOSMO 12/11/2013 SIASAT MINYAK DARI DAPUR HARAM
12 Dec 2013

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
melahirkan kebimbangan mengenai terdapat kemungkinan minyak masak kitar semula
yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur restoran tidak halal
sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) mendedahkan, tindakan itu dipercayai
dilakukan oleh pengusaha-pengusaha minyak masak kitar semula tidak berlesen
yang menjualnya semula pada harga murah kepada peniaga terbabit.
Menurut beliau, masalah itu tidak berlaku dalam kalangan
pengusaha berlesen kerana mereka sering dipantau oleh pihak berkuasa tetapi
pemantauan tidak dilakukan ke atas pengusaha minyak kitar semula haram.
“Pengusaha haram ini, selain mengitar minyak masak lebih dua
kali dan menjualnya kepada peniaga pasar malam dan peniaga makan ringan tepi
jalan, mereka juga tidak mustahil mencampur aduk minyak antara restoran halal
dan tidak halal,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Nadzim memberitahu, pihak berkuasa juga tidak membuat
tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar
semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak
bertanggungjawab terbabit.
“Cuba periksa peniaga pasar malam, peniaga pisang goreng
yang membeli minyak kitar semula itu pada harga murah. Mereka tidak membeli
daripada syarikat berlesen,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, PPIM telah melantik pasukan
penyiasat khas untuk menyiasat perkara tersebut dan memberi bukti kepada pihak
berkuasa mengenai kewujudan penjualan minyak masak kitar semula yang tidak
sesuai digunakan oleh peniaga.