Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1068) UTUSAN MALAYSIA 30/12/2013 BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
30 Dec 2013


PADA Awang, kemelut di penghujung tahun 2013 khususnya isu peningkatan
kos sara hidup boleh diselesaikan. Jadi orang ramai tak perlu ikut serta
perhimpunan Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam tahun baharu
esok.
Awang sangat setuju dengan pandangan pemimpin Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa
orang ramai mengerakkan semangat kepenggunaan bagi menangani peningkatan kos
sara hidup.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman pula yakin
ilmu kepenggunaan mampu membangkitkan kesedaran pengguna dan peniaga tentang
peranan masing-masing di samping membantu kerajaan menyelesaikan isu
kepenggunaan.
Cara paling mudah pada Awang ialah setiap orang perlu bijak
menentukan barangan yang perlu dibeli mengikut keutamaan dalam senarai
perbelanjaan seharian.
Masa untuk berbelanja pada perkara yang kurang utama seperti
makan atau berhibur di luar rumah elok dikurangkan. Dengan cara berjimat
begini, kita sendiri dapat mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup.
Sebenarnya mainan harga ini sudah Awang kesan lebih setahun
lalu apabila mendengar keluhan peniaga bumiputera tentang harga barangan.
Banyak kalangan peniaga bumiputera tersepit akibat mainan
pembekal dan pemborong bukan bumiputera. Selain harga bahan asas, kadar sewa
premis perniagaan juga dinaikkan.
Awang ingin bertanya, punca kenaikan harga sebenarnya
daripada pihak mana? Perkara asas seperti ini, tidak mahukah diperjuangkan oleh
kumpulan yang menganjurkan himpunan haram pada malam esok?

AWANG – Sambut 2014 di rumah.