Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1075) UTUSAN MALAYSIA 1/1/2014 PERBANKAN ISLAM PERLU TERPERINCI
03 Jan 2014

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Pengamal sistem perbankan Islam
digesa untuk menerangkan sistem kiraan dalam pinjamannya dengan terperinci bagi
mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam.
Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Persatuan
Penguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said berkata, peminjam tidak
mempunyai maklumat mengenai cara kiraan dibuat berbanding bank konvensional
yang menerangkan dengan terperinci kiraan pembayaran.
Katanya, pihaknya ada membuat kajian mengenai rumah
terbengkalai dan banyak peminjam yang membuat mengatakan bahawa pinjaman dari
perbankan Islam mengenakan bayaran yang agak melampau.
“Saya ada mengkaji 422 kes rumah terbengkalai sejak dua
tahun lalu yang melibatkan perbankan Islam dan ia terdiri daripada kes sejak
tahun 2005.
“Banyak yang mengadu mengenai pinjaman dari perbankan
Islam yang mengenakan tuntutan yang tidak masuk akal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di
sini hari ini.
Abdul Kareem mengulas mengenai laporan Bernama semalam yang
melaporkan Universiti Global bagi Kewangan Islam (INCEIF) menolak dakwaan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa sistem perbankan Islam menawarkan
kadar keuntungan mengatasi peminjam wang ‘Ah Long.

Abdul Kareem yang bersetuju dengan CAP berharap satu
perbincangan dapat diadakan antara INCIEF, pihak bank, Bank Negara Malaysia dan
persatuan pengguna supaya isu terbabit dapat dijelaskan kerana ia membabitkan
kepentingan orang ramai.