Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1101) RAKYAT NEWS 10/1/2014 HONG LEONG BANK HINA ISLAM
11 Jan 2014

KUALA LUMPUR 9 Jan – Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank
Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen hari ini menggesa campur tangan
agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyelesaikan isu penafian hak pekerja
islam di Hong Leong Bank.
Abdul Jamil menegaskan bahawa sekiranya perkara seperti ini
tidak diselesaikan dengan kadar segera, tidak mustahil jika ianya turut menjadi
ikutan pihak perbankan lain yang ada di negara ini.
“Para pekerja bank (Hong Leong) tidak dibenarkan
menggunakan surau bermula 2 November, dan ini adalah salah satu penafian hak.
Jika perkara ini dibiarkan, semua bank akan melakukan perkara yang sama selepas
ini, dan ia sangat merisaukan memandangkan ia berlaku di Malaysia.
“Apa yang kita mahu adalah campur tangan dari
pihak-pihak berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya dalam satu
sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di
Villa Puteri di sini hari ini.
Abdul Jamil turut menambah, setakat ini dua laporan telah
dibuat kepada Jabatan Agama Islam di Kuantan dan Kelantan, di samping satu
laporan polis di Kuantan supaya isu-isu seperti ini diberi perhatian serius
oleh pihak berkenaan.
“Kita harap isu-isu kepenggunaan seperti ini akan
diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan agama islam.
“Kita tidak boleh benarkan seorang CEO Singapura (Hong
Leong) untuk terus menindas dan menidakkan hak untuk beribadat rakyat Malaysia
yang beragama Islam, dan ada sesetengahnya telah dipecat,” ujarnya.
Katanya, perkara ini sedang diusahakan oleh NUBE dan telah
dibawa kepada perhatian SUHAKAM, Kementerian Sumber Manusia, penghantaran memorandum
kepada pimpinan negara dan juga Pemuda UMNO.
Abdul Jamil juga menafikan bahawa isu yang cuba
dipertahankan ini berupa suatu unsur provokasi, di mana NUBE hanya
memperjuangkan hak-hak pekerja bank terutamanya yang telah dipecat dan bukan
salah satu badan atau pertubuhan politik.
“Jumlah keseluruhan kakitangan yang dipecat berjumlah
27 orang, 25 orang daripadanya adalah pekerja islam, yang membawa kepada
90peratus lebih.
“Apabila isu ini diadukan, pihak bank akan menafikannya
namun kami ada bukti dan fakta hanya perlu datang dan bersemuka dengan kami dan
kami telah bawakan isu ini kepada pihak JAKIM,” ujarnya.

Terdahulu, kes ini mendapat perhatian apabila di laman
Facebook NUBE, melaporkan, bank yang dimaksudkan adalah Hong Leong Bank telah bertindak
biadap dan menafikan hak orang Islam untuk menunaikan solat di premis mereka.