Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1116) HARIAN METRO 16/1/2014 USAHAWAN JATUH LINGKUP
16 Jan 2014

Headline: Usahawan jatuh lingkup
Publication: HM
Date of publication: Jan 16, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 002
Byline / Author: Oleh Suraya Roslan; Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Dia pernah merangkul anugerah pengedar terbaik
sebuah syarikat automotif di negara ini, namun kini hidup melarat selepas
diburu sembilan ceti haram atau along temasuk seorang pembiaya bergelar Datuk
Seri.
Bukan saja perlu menanggung hutang mingguan berjumlah
RM650,000, usahawan itu kini terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah RM7
juta sejak awal tahun ini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurin, 40-an berkata, dia
yang bercadang untuk menambah cawangan ruang pameran keretanya diperkenalkan
kepada orang kenamaan (VIP) penghujung tahun lalu oleh seorang pegawai bank
dengan nilai pinjaman RM5 juta.
Katanya, disebabkan beberapa masalah teknikal, pegawai itu
kemudiannya merujuk permohonannya kepada VIP berkenaan kononnya boleh membantu
mendapatkan pinjaman dalam tempoh singkat.
“Awal bulan lalu saya pergi ke sebuah bank di negeri
ini untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan empat bilik pameran kereta.
“Bagaimanapun pegawai bank berkenaan kemudian merujuk
saya kepada seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang kemudiannya bersetuju
memberikan RM5 juta tanpa menyatakan tempoh pembayaran balik. Disebabkan
memerlukan modal pusingan segera, saya setuju,” katanya ketika membuat
aduan kepada Pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) Yati Shaharudin.
Menurutnya, dia kemudian terpaksa berhutang dengan lapan
along yang lain bagi melangsaikan hutang dengan Datuk Seri berkenaan dengan
setiap satunya berjumlah antara RM50,000 hingga RM70,000 seminggu.
“Bagaimanapun, kini saya ketakutan apabila ada along yang
bertindak menyimbah cat merah sebuah bilik pameran kepunyaan saya.
“Disebabkan hal ini, salah sebuah bilik pameran
terpaksa ditutup kerana kerugian besar kepada syarikat automotif berkenaan.
Habis semua kereta baru yang sepatutnya untuk dijual kepada pelanggan terkena
simbahan cat itu,” katanya.
Sementara itu Yati berkata, pihaknya sudah berhubung dengan
along terbabit untuk menjadualkan semula dan menangguh pembayaran pinjaman
Nurin kepada semua along terbabit.

“Kita juga memberikan khidmat kaunseling serta
pengurusan kewangan kepadanya yang seperti hilang arah walaupun sebelum ini
pernah menjadi usahawan automotif berjaya,” katanya.