Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
115 KELUARGA B40 TERIMA BANTUAN MRM, MALAKAT MALL – MALAKAT TRIBUNE – 02/04/2020
03 Apr 2020

CYBERJAYA – Multiracial Reverted Muslims (MRM) dan Malakat Mall menyampaikan bantuan kepada 115 keluarga daripada golongan B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu hari ini.

Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung berkata, bantuan itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut beliau, bantuan itu diberikan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa selagi mereka adalah golongan memerlukan.

Antara barangan keperluan asas untuk disumbangkan kepada golongan B40 di PPR Taman Wahyu.

“Insya-Allah MRM akan menyumbangkan RM20,000 lagi kepada www.sadaqahmarket.com untuk membantu rakyat Malaysia daripada golongan B40 yang memerlukan.

“Sumbangan RM20,000 itu adalah dari sahabat rakyat Malaysia yang menetap di Qatar dari Usrah Ali,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas menambah, esok pihaknya menyasarkan keperluan asasi kepada 1,000 keluarga daripada golongan B40 sekitr Lembah Klang.

Sukarelawan MRM menurunkan bantuan di hadapan PPR Taman Wahyu untuk diagihkan kepada golongan B40 di situ.

Dalam pada itu beliau berkata, orang ramai yang memerlukan bantuan boleh juga memohon di www.sadaqahmarket.com dan bantuan akan disalurkan secepat mungkin mengikut kemampuan semua pihak terlibat.

“Kami berkongsi supaya para penyumbang dan penyokong dakwah MRM nampak bagaimanakah kami menggunakan sumbangan daripada mereka.

“Semoga Allah jauhkan kita daripada sebarang sifat riak. Maafkan segala kekurangan kami,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor melalui akaun Maybank 564810520353. – MT

Artikel oleh: Malakat Tribune

115 KELUARGA B40 TERIMA BANTUAN MRM, MALAKAT MALL

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/8914/