Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1166) UTUSAN MALAYSIA 21/2/2014 TONY PUA SENGAJA CETUS PROVAKASI HINA ISLAM PERLU DIDAKWA
21 Feb 2014

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua
perlu didakwa di bawah Akta Hasutan kerana sengaja melakukan provokasi menghina
Islam apabila mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung
larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
(Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, umat Islam tidak perlu menagih
permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya itu disebabkan keceluparan
ditunjukkan, tetapi perlu mengheretnya ke mahkamah.
“Kita perlu dakwa dia di mahkamah dengan segera sebagai
langkah pencegahan kerana sebenarnya dia sedang menguji kesabaran orang
Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam beberapa mufti mendesak Tony Pua menarik kembali
kenyataannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung
larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih seperti dinyatakan melalui laman
sosial Facebook baru-baru ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tony
Pua tidak berhak mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga mengundang
suasana tidak harmoni di negara ini.
Mengulas lanjut Ismail Mina berkata, kenyataan bersifat
provokasi tersebut sengaja dikeluarkan kerana percaya umat Islam tidak mampu
berbuat apa-apa disebabkan lemah akibat perpecahan.
“Muafakat berpendapat Tony Pua sebagai seorang intelek,
pemimpin politik, sebenarnya memahami perkara-perkara yang sensitif dalam
kumpulan masyarakat dan agama.
“Muafakat berpendapat perkara ini sengaja dicetuskan
untuk menimbulkan provokasi,” katanya sambil menambah kelemahan orang
Melayu sehingga ada dalam kalangan mereka sendiri sanggup menjadi ejen DAP.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengingatkan Tony Pua tidak angkuh dan
bongkak hingga berani mencampuri urusan agama Islam.
“Dia sudah lupa asas penubuhan negara ini yang dibina
dengan dasar persefahaman dan saling hormat-menghormati. Ingatlah tahap
kesabaran orang Melayu ada hadnya,” katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, Tony Pua sewajarnya
belajar semula asas-asas untuk menghormati orang lain terutama di negara ini
yang dihuni oleh berbilang kaum dan agama