Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1170) BERITA HARIAN 23/2/2014 HARGA AL-QURAN DIJANGKA NAIK
25 Feb 2014

Headline: Harga al-Quran dijangka naik
Publication: BM
Date of publication: Feb 23, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 006
Kuala Lumpur: Harga senaskhah al-Quran dijangka meningkat 50
peratus susulan penguatkuasaan pelekat hologram bagi kitab suci itu, mulai 1
Mac ini.
Hologram yang dijual dengan harga RM1 sekeping melalui
Bahagian Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu wajib dilekatkan pada
setiap naskhah.
Penerbit atau pencetak kitab suci yang gagal mematuhi
peraturan yang diperkenalkan sejak 1 Ogos 2011 itu boleh didenda RM10,000 atau
penjara.
Gesaan mansuh
Berikutan itu, Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) menggesa
kerajaan memansuhkan penguatkuasaannya kerana ia membebankan penerbit dan umat
Islam.
Malah, jualan al-Quran didakwa merosot sehingga 30 peratus
sejak beberapa bulan lalu kerana peniaga memulangkan semula naskhah selepas
diberi surat amaran oleh penguat kuasa KDN.
Presiden Penaja PQM, Sabariah Abdullah, berkata pelaksanaan
hologram bukan jaminan ketulenan al-Quran kerana ia boleh dicetak rompak.
“Penerbit memerlukan tenaga kerja tambahan untuk
melekatkan hologram sebelum dibungkus, sekali gus menyebabkan kos turut
meningkat sehingga RM5 senaskhah.
“Malah, peraturan pembelian secara tunai juga menambah
beban penerbit, terutama peniaga kecil,” katanya pada sidang media di
sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Bendahari Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan
Islam Malaysia (ACCIN), Mukram Mohd Taib.
Sehubungan itu, Sabariah berkata, PQM menghantar memorandum
kepada KDN kelmarin, untuk mendapatkan penyelesaian.
“Kami berharap dapat membincangkan perkara ini dengan
Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana ia seolah-olah
mengenakan cukai terhadap penerbitan al-Quran,” katanya.