Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1172) UTUSAN MALAYSIA 24/2/2014 HAPUS HAK ISLAM BUMIPUTERA, BERSIFAT HIPOKRIT
25 Feb 2014

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) membidas sikap hipokrit pihak tertentu mendesak kerajaan menghapuskan
hak orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Penasihatnya, Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, mereka bersikap
celupar dan biadab apabila menggesa perkataan ‘bangsa’ dihapuskan daripada
borang rasmi kerajaan.
Katanya, kumpulan pendesak itu juga meminta penghapusan
dasar melindungi kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta
kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.
“Namun pada masa sama, mereka mengamalkan hipokrasi
dengan menekan golongan bumiputera dalam pelbagai bidang yang mereka kuasai.
“Mereka turut menganiaya pekerja bumiputera dan Islam
sehingga ke tahap tidak membenarkan memakai tudung serta bersolat selain
mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Zaki turut mempersoalkan tuntutan-tuntutan lain yang
dikemukakan pihak terbabit iaitu sekolah vernakular diberi keistimewaan yang
sama dengan sekolah kebangsaan, mengiktiraf agenda lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT), liberalisme agama serta peluang yang lebih besar kepada
bukan bumiputera untuk memasuki sektor awam dan institusi pengajian tinggi
awam.
Katanya, tindakan kumpulan pendesak itu dilihat pelik kerana
keistimewaan yang dinikmati bumiputera adalah terlalu sedikit jika dibandingkan
dengan pengorbanan mereka.
“Berikutan tuntutan-tuntutan melampau tersebut, PPIM
meminta pihak berkuasa dan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan
itu.
“PPIM juga berikrar akan meneruskan kempen menghentikan
tindakan biadab ini ke seluruh negara,” tegasnya.

Menurut Ahmad Zaki, sokongan rakyat yang cintakan keamanan
amat diperlukan bagi memastikan masa depan negara tidak hancur dan kucar-kacir.