Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1178) MINISTRY OF HOME AFFAIR 27/2/2014 PERBINCANGAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PERSATUAN PENERBIT AL-QURAN MALAYSIA (PQM)
28 Feb 2014

PERBINCANGAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PERSATUAN PENERBIT
AL-QURAN MALAYSIA (PQM)
Putrajaya,  27
Februari 2014 – Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah
mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penerbit Al-Quran (PQM) bagi berbincang
mengenai isu penggunaan pelekat hologram pada naskah al-Quran.
Menurut beliau, KDN akan membawa isu pelekat hologram
al-Quran ini ke kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan
perlaksanaannya sebelum tindakan lanjut di buat.
“Sementara menanti keputusan kabinet yang diharap akan
memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan
untuk ‘memperlahankan’ penguatkuasaan itu,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil kira
pandangan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) berhubung masalah
penggunaan hologram, termasuk perlakuan cetak rompak seperti yang dihadapi oleh
kementerian dan agensi lain sebelum ini.
“Pertemuan ini diadakan untuk mencapai kesepakatan
sejauh mana penerbit-penerbit al-Quran boleh dibantu untuk mengatasi
permasalahan mereka termasuklah apabila berlaku cetak rompak terhadap
al-Quran,” katanya.

Pertemuan ini berlangsung di pejabat beliau di KDN
Putrajaya. Turut sama ialah Ketua Setiausah KDN, Dato’ Mohamad Khalid Hj Sharif
dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Hj. Ibrahim.