Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1179) BERITA TV9 27/2/2014 ISU PENGGUNAAN PELEKAT HOLOGRAM DIBAWA KE KABINET
28 Feb 2014

Isu penggunaan pelekat hologram pada naskhah Al-Quran akan
dibawa ke kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan
pelaksanaannya.  Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mengambil kira pandangan
Persatuan Penerbit Al-Quran Malaysia PQM berhubung masalah penggunaan hologram;
Termasuk terdedah kepada cetak rompak seperti yang dihadapi kementerian dan
agensi lain sebelum ini.  Datuk Seri
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan PQM di pejabatnya pagi tadi. Dalam pada
itu, tegas Datuk Seri Ahmad Zahid, Jabatan Imigresen akan melaksanakan
penguatkuasaan ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing sama ada
menggunakan lesen rakyat tempatan atau melalui cara lain.