Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1188) SIDANG MEDIA 14 Mac 2013-Bank Meng ‘anak tiri’ kan pengguna
15 Mar 2014

(14/3/2014) Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan sidang media berkaitan
dengan sistem pinjaman yang membebankan dan kes-kes penipuan terhadap pengguna.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan
Tuan Haji Sh. Kareem Khadaeid (Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan)
menyuarakan rasa kesal kerana terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan
terhadap pengguna terutamanya pengguna Islam. Menurut beliau, hasil dari kajian
selama 2 tahun mendapati bahawa hampir 1000 kes kesalahan telahpun difailkan. Kebanyakan kes-kes ini adalah kes penipuan yang telah
dibuat oleh pemaju ataupun peguam penguam-peguam yang menjaminkan
pulangan pada pengguna dan kes-kes ini sering belaku pada kakitangan
Kerajaan.
Selain itu, terdapat beberapa bank juga telah mengambil kesempatan yang sama
terhadap pengguna dengan memberi pinjaman dan akhirnya pinjaman itu membebankan
pengguna. Yang lebih menyedihkan pula, terdapat bank berkonsepkan Islam juga
terlibat secara langsung dengan perkara ini.
Bukan sekadar itu, peguam juga telah memberi keyakinan dan jaminan-jaminan
pada penggunanya. Selepas pengguna bersetuju untuk membeli, dengan secara tidak
langsung peguam melepas tangan dan membiarkan pengguna menanggung beban jika
berlakunya masalah di kemudian hari. Kes-kes
seperti ini berlaku apabila pemaju tidak dapat menyiapkan projek
perumahan yang telah mereka janjikan. Jika perkara ini berlaku, pihak pemaju
hendaklah memulangkan wang kepada pengguna dan pihak bank hendaklah menuntut
pampasan dari pihak pemaju terlebih dahulu bukan meng
‘anak tiri’kan pengguna.
Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menyuarakan
perkara ini kepada pihak-pihak yang sewajarnya seperti Bank and Financial Institution Act (BAFIA), Kementerian Kewangan, Kementerian Perumahan untuk meneliti semula kes-kes penipuan yang
sering kali berlaku di kalangan rakyat Malaysia
dan ini secara tidak langsung PPIM menjadi medium perantaraan  dan menerima aduan tentang kes penipuan sebegini.
Akan tetapi, kaedah ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama antara Kementerian
Kewangan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau mana-mana jabatan yang berkenaan. Pihak berkaitan haruslah menyelidik semula dan
menyemak kes-kes ini dan mencari jalan penyelesaian agar masalah ini tidak
berlanjutan dan akan menyebabkan pengguna menanggung masalah yang amat berat di
kemudian hari.
Saranan kepada pengguna, terutamanya pengguna Islam, hendaklah mempunyai peguam mereka sendiri untuk menguruskan
urusan jual beli. Elakkan diri daripada menerima tawaran peguam yang tidak
dikenali kerana mereka boleh memperdayakan pengguna dengan mudah.

Selain itu, pihak PPIM menyeru supaya mangsa-mangsa penipuan ini tampil ke hadapan
memberi keterangan dan cadangan supaya kita dapat membanteras gejala penipuan ini.