Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Majlis Perasmian Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur (PKKMKL) dan Perlancaran Rakan Sekutu Bridged Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) – PPIM – 14/5/2017
16 May 2017

Majlis Perasmian Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur (PKKMKL) dan Perlancaran Rakan Sekutu Bridged Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

PPIM–13 Mei 2017- Majlis Perasmian Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur (PKKMKL) dan Perlancaran Rakan Sekutu Bridged Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah berlangsung di Nouvelle Hotel Seri Kembangan, Kuala Lumpur.

Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk membantu anak muda yang mempunyai masalah sosial, gangsterisme, vandalisme dan tidak mempunyai hala tuju untuk ke arah yang lebih positif sekaligus mengajar mereka untuk menghormati semua pihak agar keamanan dan kesejahteraan sekeliling dapat dijaga demi agama, bangsa dan negara.

Dalam masa yang sama, Rakan Sekutu Bridged Pengguna telah dilancarkan oleh Ketua Aktivis PPIM yang merupakan Penasihat Khas PKKMK, Dato’ Nadzim Johan dan objektif penubuhan adalah bertujuan untuk membantu sesama ahli dari segi kebajikan dan perniagaan.

Turut hadir didalam majlis ini adalah Bendahari UMNO Subang, Dato Seri Amir Hamzah, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim dan Pencetus Ummah, Muhammad Abu Sufyan (PU Abu).

Majlis ini berlangsung dengan jayanya diatas inisiatif ahli-ahli yang membuat kutipan didalam jangka masa sebulan. Atas semangat kekeluargaan yang luar biasa ini, ia mampu membuktikan penyatuan yang sangat erat antara ahli-ahli dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.38.52 PM WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.38.58 PM WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.38.59 PM WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.39.05 PM WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.39.07 PM WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.39.08 PM WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.39.09 PM  WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.40.00 PM WhatsApp Image 2017-05-14 at 3.38.53 PM