Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1818) NIB (22/3/2014) – Gesa wujud garis panduan anjur konsert
24 Mar 2014

Headline: Gesa wujud garis panduan anjur konsert
Publication: BH
Date of publication: Mar 22, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 017

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak tegas dan mewujudkan garis panduan terhadap pihak yang menganjurkan konsert.


Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata garis panduan ini penting bagi menjaga imej Malaysia sebagai negara Islam dan mengawal penyertaan umat Islam dalam menyertai konsert yang melanggar akidah.


Katanya, gesaan ini berikutan kes kematian dan keruntuhan akhlak membabitkan umat Islam dalam konsert di Bukit Jalil, baru-baru ini. Dalam kejadian itu, enam orang meninggal dunia sebahagian besar daripada mereka beragama Islam.


“Kebanyakan pengunjung konsert beragama Islam dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyimpang dari ajaran agama. JAKIM perlu menetapkan garis panduan terhadap penganjuran konsert. Majlis Fatwa juga perlu keluarkan fatwa sahih agar umat Islam tidak terkeliru,” katanya, semalam.


Nadzim berkata, pihak berwajib perlu mencari kaedah jangka panjang yang memberi tumpuan kepada isu etika moral, sosial dan agama bagi kepentingan peribadi tidak kira beragama Islam atau tidak.

Selanjutnya :

http://www.nib.com.my/archives/text/view/122470621?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/archives/text/search.php%3A_1395629328%3Aresultset