Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1832) KELEMAHAN ORANG MELAYU
02 Apr 2014

KELEMAHAN ORANG MELAYU

Kita dapat lihat bahawa orang melayu islam kita kini makin hari makin ditindas. Malah yang lebih teruk adalah CNN dan FOXNEWS mengkritik islam. Kenapa perkara ini boleh berlaku didalam kalangan orang islam?

Perbezaan antara melayu dengan kaum lain adalah mereka berani dalam menyuarakan pendapat mereka namun bagi kaum melayu, kita sering tidak berani untuk menyuarakan pendapat dan hak kita. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata melayu mudah lupa, kenapakah beliau berkata sedemikian?

Jika dilihat sajak yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa”. Tun Mahathir menyeru supaya orang melayu bangkit dan berjuang untuk tanah melayu. Akan tetapi melayu di zaman ini sudah pun melupa asal usul mereka. Perjuangan yang dimaksudkan bukanlah berjuang menghulurkan keris ataupun senapang. Akan tetapi perjuang dari segi ekonomi dan hak kita. Kita lupa akan hak-hak kita sebagai orang melayu.

Salah satu daripadanya adalah hak bersuara. Kita sering kali tidak menggunakan hak bersuara ini. Kita takut, suka mengambil ringan dan lain-lain yang tiada faedah untuk membangkitkan orang melayu. Kita perlu lebih yakin dan lebih lantang dalam membahas atau membicarakan tentang sesuatu.

Selain dari sikap keberanian orang melayu. Terdapat satu sikap yang perlu dibendung didalam masyarakan orang melayu di zaman ini iaitu malas. Sikap malas membuat kita mundur dalam pelbagai sektor. Dari segi ekonomi dan pendidikan, kita dapat lihat bahawa kita tercicir sedikit.

Dari segi perniagaan, kebanyakan orang melayu kita berniaga hanya kecil-kecilan namun bangsa lain malah bangsa luar juga lebih maju dari orang melayu. Lihat keadaan di Cau Kit di Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga yang berniaga di situ kebanyakan adalah dari negara luar. Kemanakah orang melayu kita?. Kenapa Cau Kit boleh jatuh ketangan orang lain? Ini menjadi satu persoalan yang agak sukar untuk dijawabkan akan tetapi kita boleh kaitkan dengan sikap malas yang ada dalam masyarakat melayu.

Lokasi Cau Kit boleh dikatakan lokasi yang strategi untuk berniaga kerana ia telahpun menjadi satu tempat tumpuan masyarakat di Malaysia untuk mendapat barangan yang murah. Jika masyarakat melayu rajin berusaha dan membuka kedai-kedai disitu, saya yakin melayu yang berniaga disitu boleh memperoleh keuntungan dan sekaligu menyumbang sedikit sebanyak dalam ekonomi melayu Malaysia.

Kita tidak boleh lari dengan melakukan keputusan didalam kehidupan harian kita. Sebagai contoh yang paling mudah dan memang setiap orang yang bergelar manusia ayang melakukannya adalah pilihan untuk makan, tido, mandi dan lain-lain lagi. Kita nampak ini sekadar perkara biasa namun itu adalah keputusan yang perlu dibuat oleh seseorang dalam hidupnya.

Itu hanya yang perkara kecil, perkara yang besar yang perlu kita lihat adalah membuat keputusan dengan bijak. Keputusan ini yang akan menentukan adakah kita akan berjaya atau tidak di masa hadapan. Keputusan jenis ini yang masyarakat melayu lemah dan sering berlaku kepada masyarakat melayu. Mereka tidak melihat akan akibat dari keputusan atau mereka tidak memikirkan dengan dalam keputusan yang mereka akan buat itu. Mereka selalu memikirkan cara mudah dan senang untuk menyelesaikan masalah dan pada pengakhirnya akan memakan diri sendiri.

Perkara ini yang harus kita lihat dan didik anak-anak melayu muda supaya lebih berwaspada untuk melakukan sesuatu keputusan supaya mereka selamat dan terjamin masa hadapan mereka.

Kebanyakan Masyarakan melayu gemar untuk bekerja dari melakukan perniagaan sendiri. Alasan yang paling kerap diberikan adalah kalau kerja dengan orang sudah terjamin berapa kita akan dapat. Pemikiran takut akan kegagalan atau kerugian ini yang membuat orang melayu mundur dari segi ekonomi. Siapa yang tidak takut akan kerugian namun dengan perkara itulah kita akan belajar bagaimana untuk bangun dan dapat mengatasi masalah itu jika ia mengundang kita semula.

link
Puisi Melayu Mudah Lupa :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sajak_Melayu_Mudah_Lupa

http://www.youtube.com/watch?v=eSQb4ztNbdg