Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1837) UTUSAN MALAYSIA – Empat NGO kecam CNN, Fox News
04 Apr 2014

KUALA LUMPUR 3 April – Tindakan stesen televisyen antarabangsa, CNN dan Fox News yang terus membuat pelbagai spekulasi dan laporan palsu terhadap misi pencarian MH370 mendapat tentangan dan kecaman pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan dua stesen berita antarabangsa itu telah menyinggung rakyat dan mencemar imej negara.
Jelasnya, rakyat negara ini tidak boleh berdiam dan menerima begitu sahaja terhadap segala pertuduhan dan tohmahan media luar tanpa berbuat apa-apa tindakan.
“Kita perlu tentang penghinaan kedua-dua stesen televisyen tersebut yang bertindak membuat pertuduhan, mengaitkan kehilangan MH370 dengan aktiviti keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.
“Ini merupakan tuduhan tidak berasas yang telah mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang tidak menyokong mana-mana aktiviti keganasan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum menentang CNN dan Fox News berkenaan isu berkaitan di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140404/dn_10/Empat-NGO-kecam-CNN,-Fox-News#ixzz2xsPS3500
© Utusan Melayu (M) Bhd