Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1871)KONWANIS 26/04/2014 – KONVENSYEN WANITA ISLAM 2014 (MULIAMU WANITA KERANA ISLAM)
28 Apr 2014

Sabtu, 26/04/2014. Satu konvensyen berkenaan wanita Islam
telah diadakan pada sabtu lepas bertempat di Dewan Tun Canselor, Multimedia
Universiti Cyberjaya. Konvensyen ini diberi nama Konvensyen Wanita Islam atau
KONWANIS anjuran ISMA, Wanita Isma, dan Persatuan Belia Islam Nasional .
Konvensyen ini bertemakan Muliamu Wanita Kerana Islam adalah
untuk mengangkat martbat wanita sebagai pemimpin dan tokoh masyarakat di dalam
pelbagai bidang, Memberi kesedaran mengenai kedudukan dan keistimewaan wanita
dalam Islam, dan Menerapkan jati diri wanita berpaksikan syariat.
Konvensyen ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah
Zaik Abd Rahman, Preseiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Penceramah_penceramah yang memberi penerangan adalah Cik Suzana Bt Ghazali, Dr
Ezani Farhana Md Monoto, Dr Murizah Mohd Zain, Nur Heliza Helmi, Prof Madya Dr
Rafidah Hanim Mokhtar, Ustazah Nik Norsaha Hj. Nik Mohammad dan Prod Madya Dr
Shamrahayu A. Aziz.
Kesemua penceramah mempunyai pengalaman yang meluas
dah yang Berjaya didalam hidup mereka. Terdapat banyak info dan tip-tip dan
informasi yang diberikan oleh mereka bedasarkan pengalaman dan pengetahuan
mereka.
Topik yang dibicarakan oleh
–      
Prof. Madya Dr Shamrahayu      
Undang-undang berkenaan wanita
–      
Ustazah Nik Norsaha                  
 Hukum-hukum Allah
–      
Prof. Madya Dr Rafidah              
       Bahagian perubatan dan sikap ibu bapa
–      
Nur Heliza                                    
Matlamat hidup, Tip-tip untuk Berjaya didalam perniagaan dan hidup.
–      
Dr. Murizah                                  
Memberi tips membahagi masa kepada pelajar, kerja dan rumah tangga
–      
Dr. Ezani                                      
Tanggung jawab Isteri dalam rumah tangga dan kerjaya
–      
Suzana                                         
–      
Undang-undang pengagihan wasiat dan
hak-hak seorang isteri, Hak-hak seorang isteri 
Anggaran seramai 3000 orang telah menghadiri seminar
ini untuk menimpa ilmu yang sangat bernilai ini. Dengan kehadiran ini
menunjukkan bahawa program ini disambut hebat oleh wanita-wanita islam Malaysia
dan mereka sedar akan hak mereka mengikut hukum hakam islam