Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2060) PPIM 19/7/2014 – Masyarakat Melayu Champa
21 Jul 2014

19/07/2014 – Sekali lagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menziarahi
masyarakat Melayu Champa di Teluk Gadung, Klang. Kehadiran PPIM nyata mampu memberikan senyuman dan kegembiraan kepada masyarakat Melayu Champa ini.
Kehadiran PPIM untuk kali kedua ini adalah untuk meraikan
atau mengimarahkan lagi majlis berbuka puasa bersama Masyarakat Melayu Champa yang telah dianjurkan
oleh Gift Foundation bersama PPIM. Selain daripada majlis berbuka puasa,
sumbangan yang berupa pakaian, makanan dan duit raya juga telah diberikan kepada masyarakat ini.
Selain dari sumbangan berbentuk fizikal, PPIM dan Gift Foundation juga memberi sedikit sumbangan berbentuk motivasi dan ilmu kepada
mereka.  Sumbangan seperti ini juga
penting untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Topik-topik yang diperbincangkan adalah mengenai perpaduan, perkahwinan
tanpa sebarang dokumen dan juga permasalahan dalam memeluk agama Islam.
Selain itu, aktivis-aktivis PPIM sempat bermain bersama
kanak-kanak Melayu Champa. Seperti kanak-kanak lain, mereka juga mempunyai
kehidupan kanak-kanak mereka. Oleh itu aktivis PPIM mengambil kesempatan ini
untuk mengembirakan kanak-kanak tersebut.

Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan yang dilakukan
mengikut giliran. Sumbangan berupa pakaian, makanan dan duit raya telah diagihkan untuk 400 orang.