Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2082) UTUSAN 8/8/2014 – Jangan timbul kekacauan ketika boikot produk berkaitan Israel – PPIM
09 Aug 2014


Jangan timbul kekacauan ketika boikot produk berkaitan Israel

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Orang ramai tidak perlu menimbulkan sebarang kekacauan sehingga menimbulkan keresahan kepada masyarakat dalam tindakan memboikot produk atau jenama yang dikaitkan dengan Israel, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Beliau berkata, pihaknya menyokong kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang menasihati orang ramai supaya jangan terlalu emosional memboikot sehingga terdapat individu yang bertindak seperti membaling batu kepada kenderaan yang menampal pelekat jenama yang dikaitkan dengan Israel.
Menurut beliau, orang ramai tidak boleh bertindak secara berlebihan dan sentiasa beringat bahawa tindakan yang diambil perlulah secara berhemah dan bertamadun kerana mereka bukannya berperang. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140808/dn_31/Jangan-timbul-kekacauan-ketika-boikot-produk-berkaitan-Israel#ixzz39rIoixBt
© Utusan Melayu (M) Bhd