Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2105) Operasi : Serbuan Ke Pusat Judi Di Sekitar Kuala Lumpur
25 Sep 2014

25/9/2014-Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyertai Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur siri 4 bermula jam 8.00 pagi yang telah dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. 
Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM telah diketuai oleh Y Bhg Dato’ Nadzim Johan. Agensi lain yang terlibat selain PPIM adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan beberapa agensi lain.
Antara kawasan yang terlibat adalah Pekan Sungai Besi, Bandar Tun Razak dan Cheras.