Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2345) THE MALAYSIAN INSIDER – 08/01/2015 – Hebahkan Prosedur Lupus Al Quran Musnah Akibat Banjir
08 Jan 2015

Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan supaya kitab suci umat Islam dan buku agama yang rosak akibat banjir dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab. – Gambar fail Reuters, 7 Januari, 2015.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa agama menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskah al Quran dan buku-buku agama yang rosak akibat banjir.
PPIM berkata sepanjang misi membantu mangsa banjir baru-baru ini, sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskah al Quran yang musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.
Dalam kenyataan hari ini, PPIM mencadangkan supaya kitab suci umat Islam dan buku agama yang rosak itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab.
“Kami berharap orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum dalam menguruskan al Quran seperti yang disyariatkan dalam Islam,” kata PPIM. – Bernama, 7 Januari, 2015.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hebahkan-prosedur-lupus-al-quran-musnah-akibat-banjir