Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2346) MYNEWSHUB – 08/01/2015 – Bagaimana Lupus Naskah Al-Quran Musnah Akibat Banjir?
08 Jan 2015

BERIKUT ADALAH KENYATAAN OLEH PIHAK PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar dikeluarkan panduan dan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk melupuskan naskah-naskah Al-Quran atau buku-buku agama yang telah rosak akibat bencana banjir.
Ini berikutan pengalaman para sukarelawan PPIM dalam misi bantuan banjir baru-baru ini yang menjumpai sejumlah besar naskah Al-Quran yang telah musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.
Antara cadangan lain juga, agar naskah Al-Quran dan buku-buku agama itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau-surau yang berhampiran, supaya dapat dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak yang bertanggungjawab.
Kepada pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengenai perkara ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri / Daerah, PPIM memohon kerjasama semua untuk mewarwarkan semula prosedur yang boleh digunapakai oleh orang awam untuk melaksanakan garis panduan pelupusan naskah Al-Quran dan buku-buku agama dengan cara yang betul.
Kami juga berharap agar orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum di dalam menguruskan Al-Quran seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.