Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2473) UTUSAN – 26/12/15 – AMBIL TINDAKAN TEGAS
26 Dec 2015

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Pihak polis dan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan didesak mengambil tindakan
tegas terhadap penjual dan syarikat telefon bimbit yang menggunakan cara
samseng dalam kejadian di Kompleks Beli-belah Kota Raya, di sini baru-baru ini.
Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, selain
syarikat dan penjual, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan terhadap
pusat beli-belah itu sendiri kerana membenarkan kejadian penipuan berlaku depan
mata.
“Syarikat Samsung Malaysia Electronics (Samsung) harus
batalkan semua hubungan niaga dengan syarikat tersebut serta-merta kera­na
merosakkan imej jenama itu. Jika diterus­kan, maka boleh dikatakan pihak
Samsung setuju dengan cara peniaga memeras dan menipu pengguna.
“Saya memohon jasa baik pihak polis untuk melepaskan aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mereka memperjuangkan hak
pengguna yang ditindas dan ditipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Kompleks Beli-belah Kota Raya terpaksa ditutup pada Ahad
lalu selepas sekumpulan lelaki menyerang pekedai te­lefon bimbit.
Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas seorang pelanggan
mendakwa dia ditipu semasa membeli telefon.
Sementara itu, Armand Azha ber­kata, pengguna-pengguna boleh
ke Mara Digital yang terletak di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini
bagi membeli alatan elektronik.
“Pada pihak yang saya lihat berterusan menyerang Mara
Digital, cukup-cukuplah membuat provokasi dan persepsi buruk terhadap pusat
beli-belah tersebut,” katanya.

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ambil-tindakan-tegas-1.172953