Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2564) SINAR ONLINE – 13/2/16 – PERJUDIAN MELALUI SMS MEMBIMBANGKAN
13 Feb 2016

SMS

JUDI SMS
KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mahu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi menangani segera sindiket perjudian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kini dilihat semakin membimbangkan.
Ia berikutan banyaknya aduan yang diterima daripada pemilik nombor telefon bimbit berhubung tawaran perjudian menerusi SMS daripada sindiket terbabit.
Presiden Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia Mohd Ali Ibrahim berkata, pihaknya menerima lebih 100 aduan orang awam sejak enam bulan lepas berhubung tawaran perjudian itu.
“Syarikat telekomunikasi perlu langkah proaktif bagi membendung isu ini seperti mewajibkan pengguna baharu mendaftar nombor mereka melalui sistem biometrik yang diamalkan oleh sistem perbankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula mengesyorkan MCMC mengenakan hukuman denda yang berat terhadap mereka yang terbabit dalam sindiket perjudian menerusi SMS itu.
Ketua Moderator Kelab Intelek Pendidikan Malaysia Mohd Nor Izzat Mohd Johari turut menyuarakan kebimbangannya apabila terdapat aduan daripada para ibu bapa dan guru yang mendakwa murid sekolah rendah sudah terjebak dalam aktiviti perjudian.
“Mereka seolah-olah terpedaya akan SMS yang menawarkan hadiah lumayan dan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan mereka ketagihan untuk berjudi,” katanya
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/wawancara/perjudian-melalui-sms-membimbangkan-1.484648