Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2567) UTUSAN MALAYSIA – 15/2/16 – KEJARA PERLU DISEGERAKAN ATASI SALAH LAKU PEMANDU
15 Feb 2016

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, menaikkan kompaun trafik tidak akan memberi kesan kepada pesalah terutama kepada golongan yang mampu membayar saman.
Katanya, perkara itu hanya akan membebankan golongan yang tidak berkemampuan kerana mereka berhadapan kesukaran untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan ken­deraan akibat tunggakan saman.
“Ini akan membahayakan ke­se­lamatan pemandu serta pengguna jalan raya yang lain jika berlaku kemalangan.
“Saya melihat sistem Kejara lebih baik untuk memastikan pemandu berhati-hati di jalan raya. Selain itu, kenakan juga hukuman tambahan seperti melakukan kerja-kerja komuniti bagi pesalah tegar supaya mereka serik dan malu untuk mengulangi perkara sama,” katanya.