Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2586) SINAR HARIAN – 22/04/15 – Isu Klon: Semak Status Kenderaan Sebelum Beli
24 Apr 2015

Datuk Nadzim Johan
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan pengguna agar menyemak status kenderaan sebelum membelinya bagi mengelak daripada memiliki kenderaan klon.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata pengguna bukan sahaja berdepan dengan hukuman dari pihak berkuasa, malah terdedah kepada bahaya kerana tiada perlindungan insurans kemalangan yang disediakan.

“Ada segelintir pengguna sanggup mengambil risiko kerana mereka tidak faham kesan kepada diri sendiri serta orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) membongkar kegiatan sindiket kenderaan klon susulan rampasan sebanyak 153 kenderaan berkenaan bernilai lebih RM13 juta di Terengganu.

Dalam operasi bersepadu itu, seramai 10 individu ditahan yang mana tiga daripada mereka merupakan orang tengah bagi sindiket itu. – Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-klon-semak-status-kenderaan-sebelum-beli-1.382446