Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2630) Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Siri ke-12
12 May 2015

09/05/15 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyertai
Ops BAH Siri ke-12 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bermula jam 9.00 malam. Operasi ini telah dijalankan sekitar Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Adnan Hj Md Ikhsan. Seramai 291 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi turut terlibat dalam operasi ini. Dua kawasan utama yang telah diserbu adalah Titiwangsa dan Bukit Bintang.   

Sebanyak 17 premis telah diserbu yang terdiri daripada 12 buah hotel bajet di Lorong Haji Hussein, Lorong Haji Taib dan Jalan Chow Kit serta sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang. Seramai 26 orang telah berjaya ditahan sepanjang tempoh operasi tersebut.