Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2785) PPIM CADANG DENDA KE ATAS HOTEL YANG MEMBAZIR MAKANAN SEMPENA RAMADHAN – WARTA DAILY – 30/5/16
31 May 2016

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Gesa Denda, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pengusaha hotel atau restoran yang menawarkan hidangan bufet berbuka puasa agar mengenakan denda ke atas mereka yang membazir sepanjang Ramadan ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan itu perlu kerana pembaziran adalah gejala yang merugikan selain menjejaskan kemanisan ibadah puasa.
“Selain mendenda pelanggan, hotel juga boleh mengedarkan makanan yang tidak disentuh kepada mereka yang memerlukan seperti pelajar, golongan gelandangan, rumah kebajikan atau dihantar ke masjid,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, pengusaha juga boleh menyediakan alternatif lain seperti membungkusnya agar pelanggan boleh membawa pulang makanan yang tidak habis dimakan.
“Sebagai langkah untuk mengawal dan mengurangkan pembaziran ini, saya cadangkan agar kerajaan wujudkan garis panduan dan polisi berhubung pembaziran makanan dan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengendalikannya,” katanya.
Nadzim berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jumaat lepas bagi mencari kaedah terbaik mengurangkan pembaziran di bulan Ramadan.