Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2882) BOIKOT: HANYA KUASA PENGGUNA MAMPU JATUHKAN REJIM ISRAEL, TERUSKAN MEMBOIKOT!
12 Oct 2015

MUKA HADAPAN – UTUSAN MALAYSIA, ISNIN, 12 OKTOBER 2015

Perjuangan memboikot barangan dan perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel perlu diteruskan bagi menghantar isyarat jelas berhubung usaha menegakkan prinsip menentang keganasan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa pengguna memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kehendak pasaran serta berupaya melumpuhkan kekuatan ekonomi sesebuah negara.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Tahun lalu kita mengutuk serangan Zionis ke atas Gaza dengan memboikot produk yang membantu tabung yahudi.Apa kata…
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Sunday, October 4, 2015

“Kita ada senjata, tetapi tak tahu guna. Kalau kita boikot barang mereka dan hentikan permintaan, sudah tentu ia akan memberi tekanan kepada syarikat pengeluar yang bertindak menyokong Israel.

“Kita tidak mahu bersikap tunggu dan lihat. Bertindak sekarang atas nama perjuangan menegakkan aspirasi kemanusiaan tanpa mengira agama atau bangsa secara bijak. Mulakan dengan memboikot produk yang banyak pilihan dan tidak membawa kebaikan misalnya minuman berkarbonat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan Malaysia semalam berkata, antara faktor Israel menghentikan keganasan ke atas penduduk Palestin adalah kesan boikot yang mampu menjadi senjata efektif warga dunia, biarpun secara bersendirian untuk tidak bersubahat dengan kuasa kezaliman dan kejahatan.

KERATAN AKHBAR – UTUSAN MALAYSIA, ISNIN, 12 OKTOBER 2015
BOIKOT PRODUK ISRAEL, BANTAH KEGANASAN

Katanya, pada 2014, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid mengakui kesan kempen tersebut ekoran bantahan terhadap keganasan terhadap Palestin telah menjejaskan ekonomi negara itu bahkan terdapat laporan bahawa Israel kerugian sekurang-kurangnya AS$4 bilion (RM16.54 bilion).

Menurut Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja & Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS), Datuk Zainol Ishak, usaha memboikot barangan berkaitan Israel bukan sahaja perlu menjadi tanggungjawab pengguna tetapi turut wajar dilaksanakan oleh para peniaga.

“Salah satu cara untuk menjayakan kempen ini adalah dengan menghentikan sokongan terhadap produk yang ada kaitan dengan Israel.

“Langkah ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kitaran ekonomi pengusaha Israel mahupun syarikat yang menyokong rejim tersebut. Yang menjadi masalah hanyalah tahap kesedaran kita untuk melaksanakannya dan pengetahuan kita tentang produk-produk keluaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, sekatan yang dilakukan secara berterusan dan menggunakan kuasa pengguna sepenuhnya mampu memberi kesan dalam pelbagai aspek kepada Israel.

“Kita perlu berpegang dan berprinsip untuk memastikan usaha ini berjaya serta memerlukan pengorbanan yang tinggi. Cara hidup perlu diubah. Masih ada sesetengah golongan remaja yang menganggap sebahagian produk bercirikan Israel merupakan keperluan hidup masa kini.

“Selain itu, kita perlu ketepikan perbezaan ideologi politik jika kita mahu pastikan usaha ini berjaya. Kuasa pengguna di tangan kita dan kita berhak menentukan pasaran yang ada dalam negara ini,” ujar­nya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah pula berkata, pemimpin perlu memainkan peranan dengan mengimport produk dari negara Islam sebagai ganti terhadap produk negara yang menyokong Israel.

“Ini masa terbaik bagi pengusaha dalam kalangan masyarakat Islam untuk mengembangkan perniagaan mereka jika kita memboikot produk yang berkaitan dengan Israel secara berterusan,” katanya.

Sumber: UTUSAN