Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2928) TV PPIM – 3/11/15 – 200 NGO TELAH HANTAR SURAT NOTIS KEPADA 10 SYARIKAT PUNCA JEREBU.
04 Nov 2015

LAPORAN VIDEO ASTRO AWANI
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengadakan sidang media hari ini, bersama dua wakil dari syarikat peguam SIDDIQ AZANI & CO bagi mendesak pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara untuk mempercepatkan proses pengubalan akta undang-undang tempatan berkaitan jerebu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, jerebu pada tahun 2015 ini merupakan tahun paling teruk berbanding tahun sebelum. Kerana tahun ini banyak sekolah bercuti disebabkan bacaan IPU yang bahaya dan PPIM juga menerima banyak aduan mengenainya.

Ini kerana, perjanjian yang telah ditandatangani dan diiktiraf oleh kesemua negara dalam ASEAN yang dipanggil “Agreement On Transboundary Haze Pollution” pada tahun 2002. Malaysia merupakan negara pertama mengiktiraf perjanjian tersebut pada pada tahun itu dan Indonesia merupakan yang terakhir mengiktiraf perjanjian itu pada tahun 2014.

Walaupun menjadi negara pertama mengiktiraf perjanjian tersebut, sehingga ke hari ini, Malaysia masih belum menggubal akta undang-undang berkaitan jerebu di Parlimen seperti yang dikehendaki dalam perjanjian itu. Rujuk Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, Datuk Nadzim Johan dan wakil peguam iaitu, Tuan Mohamad Siddiq Azani telah mendesak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara untuk mempercepatkan proses penggubalan akta undang-undang tempatan berkaitan jerebu ini dan sekaligus memberi kesan kepada perjanjian yang telah dimasuki oleh Malaysia dan Indonesia tersebut.
Kata wakil peguam, Tuan Mohamad Siddiq Azani,”adalah jelas dalam perjanjian tersebut, setiap negara yang mengiktiraf perjanjian ini hendaklah menggubal undang-undang tempatan di negara masing-masing berkaitan jerebu ini seperti yang terdapat dalam Artikel 4(3), Artikel 9(a) dan 9(g), Artikel 11(1) dalam perjanjian tersebut.”
“Surat juga telah dihantar kepada 10 syarikat tempatan yang disyaki terbabit dalam pembakaran hutan di Sumatera Selatan supaya memberikan keterangan dalam masa 14 hari.” tambahnya lagi.- ADMIN



                           RAKAMAN VIDEO SIDANG MEDIA 3 NOVEMBER 2015