Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
338) SEKITAR SIDANG MEDIA MENGENAI KEPUTUSAN ASTRO MENERUSKAN KENAIKAN HARGA PAKEJ LANGGANAN. PENGGUNA WAJIB DIBELA ATAS KEANGKUHAN ASTRO!
20 Jul 2011

1) PPIM Tekad Mahu Saman Astro!!!

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Astro.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, PPIM sangat kecewa kerana pihak pengurusan Astro meneruskan harga pakej langganan walaupun kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak meluluskan kenaikan tarif tersebut.
” Kami di PPIM percaya Astro telah nekad menaikkan harga walaupun tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku pengawal selia dan pemberi lesen bagi sektor penyiaran dan telekomunikasi.
” Sehubungan itu PPIM akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang untuk memastikan hak pengguna dibela dan syarikat Astro beroperasi dengan tidak menindas pengguna,” tegasnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada bulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sehubungan itu, PPIM telah melancarkan kempen ‘boikot Astro’ dan mengecam stesen televisyen berkenaan.
Tunku Azwil berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Ekoran itu, Astro terpaksa menangguhkan kenaikan harga caj pakej penyiaran apabila Kabinet melarang stesen berbayar itu bertindak demikian.
Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan Astro tetap meneruskan tindakan mereka menaikkan harga caj langganan dan tidak mempeduli langsung arahan kerajaan tersebut.

Kenaikan harga caj langganan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang marah terhadap stesen televisyen berbayar itu dan sekali lagi bertindak memboikot Astro.

Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

SUMBER : http://mynewshub.my/bm/2011/07/19/tindakan-undang-undang-ke-atas-astro/

2) Kerajaan Perlu Tingkatkan Saham, Kuasai Astro!


KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional digesa meningkatkan pegangan saham dalam Astro ke tahap majoriti iaitu sekurang-kurangnya 51 peratus bagi membolehkan kerajaan mengambil alih pengurusan syarikat televisyen berbayar itu.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat, dengan cara itu kerajaan dapat meletakkan ahli lembaga pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan yang lebih berjiwa rakyat, memahami kehendak pengguna dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, ‘keangkuhan’ Astro itu perlu diajar kerana mereka seolah-olah ‘kebal’ daripada sebarang tindakan dan boleh berbuat sesuka-hati terhadap para pelanggannya.

” Kerajaan perlu tingkatkan pegangan saham supaya mereka jadi majoriti dalam Astro, kemudian letakkan orang yang memahami kehendak rakyat dalam pengurusan kanan syarikat tersebut.
” Jika tidak, mereka (Astro) akan terus dengan keangkuhan mereka,” tegas beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada bulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sehubungan itu, PPIM telah melancarkan kempen ‘boikot Astro’ dan mengecam stesen televisyen berkenaan.

Tunku Azwil berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Ekoran itu, Astro terpaksa menangguhkan kenaikan harga caj pakej penyiaran apabila Kabinet melarang stesen berbayar itu bertindak demikian.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan Astro tetap meneruskan tindakan mereka menaikkan harga caj langganan dan tidak mempeduli langsung arahan kerajaan tersebut.

Kenaikan harga caj langganan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang marah terhadap stesen televtsyen berbayar itu dan sekali lagi bertindak memboikot Astro.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, mereka mahu kerajaan bertindak segera dengan menyenaraikan Astro sebagai perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

” Lesen eksklusif yang dinikmati oleh Astro juga perlu ditarik balik, ataupun kenakan tindakan ke atas mereka melalui Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 ” tegasnya.

PPIM juga, menurut Tunku Azwil akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Astro bagi memastikan hak pengguna dibela dan Astro tidak terus menindas pengguna – 
Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my) 

sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/19/kerajaan-perlu-tingkatkan-saham-kuasai-astro/