Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
351) BERITA : NGO serah memorandum kepada Suhakam hargai jasa polis kawal keadaan 9 Julai
29 Jul 2011

KUALA LUMPUR: Dua badan bukan kerajaan hari ini menyerahkan memorandum bagi menghargai jasa baik polis mengawal keadaan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lalu dengan penuh dedikasi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). 

Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zahdi di pejabat suruhanjaya itu, di sini.Setiausaha Agung Irimm, Datuk Thajudeen Mohideen, berkata pihaknya menyerahkan memorandum itu kepada Suhakam bagi menyatakan sokongan badan itu terhadap tindakan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengawal ketenteraman awam.

“Jasa pihak polis semasa bertugas mengawal keadaan berjaya mengekang daripada terjadinya perkara yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut. 

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap anggota polis bahawa mereka menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram adalah tidak releven. 

“Semasa berlaku demonstrasi, anggota polis bertungkus lumus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan tugas mereka yang memerlukan mereka bekerja siang dan malam perlu dihargai oleh rakyat,” katanya. – BERNAMA

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NGOserahmemorandumkepadaSuhakamhargaijasapoliskawalkeadaan9Julai/Article