Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
591) ARTIKEL : Produk luar memang meragukan
11 Jul 2012

 | July 7, 2012

PETALING JAYA:
Barangan termasuk makanan yang diimport ke negara ini terdedah kepada penipuan
dan pihak berkuasa Islam tidak mampu mengatasinya.
Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) mendakwa, pihak berkuasa Islam terutama Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) gagal mengesahkan sama ada makanan halal atau tidak.
“Tidak cukup
kakitangan, tidak cukup penguatkuasaan. Untuk mengesahkan makanan dalam negara
tidak boleh, bagaimana hendak memastikan produk dari luar negara.
“Kalau cukup
penguatkuasaan, mana mungkin ada promosi arak oleh sebuah pasar raya di Seri
Petaling” kata Setiausaha Agung, Datuk Nadzim Johan.
PPIM mencadangkan
Jakim menghantar kakitangan ke negara yang mahu mengeksport makanan halal untut
umat Islam Malaysia.
Katanya, jabatan itu
boleh berkerjasama dengan persatuan-persatuan Islam di negara berkenaan supaya
proses pengeluaran secara halal dipatuhi.
Cop Sirim sendiri
“Yang pasti kita
tidak dapat mengesahkan sama ada produk yang dibawa masuk untuk orang Islam
negara ini halal atau tidak.
“Kemasukan produk
makanan ini semakin banyak, bagaimanakah kita mahu mengawalnya.
“Bagaimana Jakim
mahu mengesahkan produk makanan keluaran negara China halal jika mereka tidak
pergi memerika sendiri di negara tersebut?.
“Setahu saya
pegawai-pegawainya tidak pergi keluar negara, bagaimana hendak tahu produk itu
halal atau tidak.
Di negara-negara
luar mereka ada kumpulan sendiri yang membuat logo halal ini,” kata beliau
lagi.
Sementara itu,
Nadzim mendakwa, pihaknya mendapat aduan dari orang awam mengenai barangan
elektrik luar negara yang diragui kualitinya.
Beliau berkata, cop
kelulusan Sirim dipercayai dibuat sendiri berdasarkan penelitian yang dibuat
hasil serbuan terhadap produk berkenaan.
“Maknanya, barangan
yang tidak berkualiti dan diragui keasliannya berleluasa di pasaran tempatan
dan ini membahayakan pengguna.
“Perkara ini mesti
disekat segera,” tambah Nadzim.
(Sumber: FREE MALAYSIA TODAY )