Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
655) BERITA:Sikap tamak raih pulangan tinggi buat ramai terjebak
04 Nov 2012

Kuala Lumpur: Sikap tamak
serta terpengaruh dengan ajakan rakan dan saudara-mara yang mendakwa meraih
pulangan tinggi menjadi punca ramai yang menyertai pelbagai skim pelaburan
palsu, termasuk urus niaga dagangan emas.
Walaupun pelabur skim
berkenaan terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi,
mereka tetap melabur sekalipun mempunyai kemampuan untuk mengenal pasti sama
ada sesuatu pelaburan itu berdaya tahan atau sebaliknya.
Presiden Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata faktor utama mendorong
ramai menyertai pelbagai skim cepat kaya ialah sikap tamak dan mahu cepat kaya.
Sukar ditepis
Katanya, ini sekaligus
menyebabkan skim pelaburan palsu termasuk kononnya yang bersandarkan emas terus
mendapat sambutan orang ramai, termasuk golongan profesional.
“Dorongan pulangan
keuntungan pelaburan luar biasa tinggi hingga 30 peratus setahun, menjadi
tarikan utama yang sukar ditepis kalangan pelabur,” katanya.
Pelabur skim cepat kaya atau
pelaburan palsu mudah terpedaya hingga menyertainya selepas melihat pulangan
pelaburan bulanan tinggi kirakira 10 peratus yang dinikmati rakan atau kenalan
rapat mereka, walaupun pelaburan itu secara asasnya tidak mungkin berdaya tahan.
Kesukaran pihak berkuasa
termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengambil
tindakan pencegahan awal kerana dikhuatiri syarikat terbabit melakukan
perniagaan berlandaskan undang-undang, dipercayai menyuburkan lagi skim pelaburan
berkenaan.
Sudah terlewat
Maamor berkata, pihak berkuasa
hanya boleh mengambil tindakan selepas aduan terhadap sesuatu skim pelaburan,
dan keadaan ketika itu mungkin sudah terlewat.
“Bagi kes pelabur
teraniaya, sebagai persatuan pengguna, peranan PPIM hanya terhad kepada
cadangan atau rayuan kepada BNM atau SC untuk mengambil tindakan mendapatkan
kembali wang pelabur,” katanya.
Baru-baru ini, BNM menyerbu
sebuah syarikat yang didakwa menawarkan skim tipu pelaburan emas yang mana
dilaporkan bank pusat mendapati aset dan tunai syarikat itu tidak mampu
menampung dividen pelabur sedia ada.
Dalam pada itu, Maamor turut
mengingatkan pelabur bahawa tindakan mereka melabur dalam skim berkaitan
terdedah kepada tindakan undang-undang, termasuk penggubahan wang haram selain
tindakan mengambil deposit secara haram terhadap syarikat pelaburan itu.
“Saya berharap pengguna
negara ini tidak lagi tertipu dengan mana-mana skim pelaburan menawarkan
keuntungan terlalu tinggi dan memastikan setiap pelaburan mereka ditumpukan
dalam pelaburan sah di sisi undang-undang.
“Jangan mempunyai sikap
tamak melabur dalam skim seperti ini kerana ia tidak akan mampu untuk menampung
pembayaran dividen selama-lamanya. Bila keadaan itu berlaku, pelabur tidak akan
sempat menarik kembali pelaburan mereka,” katanya.
MEDIA : BERITA HARIAN
TARIKH: 3/11/12
M/S:7