Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
663)BERITA HARIAN METRO- ISU PENDUDUK VILLA PUTERA : DATUK BANDAR ULAS AKAN PANGGIL PEMAJU
28 Nov 2012

Headline: Panggil pemaju
Publication: HM
Date of publication: Nov 27, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 002
KUALA LUMPUR: Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan perjumpaan dengan pemaju
perumahan Regalia@Sultan Ismail, Mayland View Sdn Bhd bagi menyelesaikan isu
pencerobohan tanah yang didakwa penghuni Kondominium Villa Putera.
Datuk Bandar Kuala
Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pertikaian yang berlaku antara
Mayland dan Villa Putera sudah lama berlaku dan penyelesaian sudah diambil.
“Bagaimanapun,
DBKL akan memanggil semula Mayland dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan
maklumat lengkap mengenai aduan penduduk di Villa Putera seterusnya mencari
jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi
di sini, semalam.