Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
668) BERITA HARIAN 18/12/12 : Perlu pendapat individu muflis sebelum pinda Akta Kebankrapan
18 Dec 2012

Kuala Lumpur:
Kerajaan perlu mendengar pandangan lebih 240,000 rakyat negara ini yang
diisytihar muflis, sebelum melakukan pindaan kepada Akta Kebankrapan 1976.
Sehubungan itu,
Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan meminta semua individu
yang diisytihar muflis supaya tampil mengemukakan pandangan dan cadangan
mereka.
“Kita tidak
mahu pindaan itu nanti hanya syok sendiri yang mana pegawai Jabatan Insolvensi
berbincang sesama mereka kemudian mengemukakan cadangan kepada kerajaan. Sebaliknya,
kita mahu mereka mendengar pandangan individu diisytiharkan muflis.
Banyak kategori
muflis
“Individu yang
diisytiharkan muflis ada banyak kategori, sebahagian mangsa penipuan, ada
diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin dan ada juga disebabkan masalah
pembelian rumah. Kumpulan ini perlu diberi perhatian termasuk juga usahawan.
“Pemuda UMNO
akan mengumpul cadangan mereka yang muflis sehingga Januari ini melalui media
sosial dan forum yang diadakan sebelum mengemukakannya kepada kerajaan,”
katanya selepas merasmikan Kempen Muflis @ Bankrap: Anda Masih Ada Peluang
Kedua di sini, semalam.
Sohaimi juga meminta
kerajaan menyemak semua keputusan mahkamah berhubung pengisytiharan muflis bagi
memastikan ia adil kepada kedua-dua pihak.
Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO lalu mengumumkan bersetuju
mengkaji semula peraturan baru berkaitan undang-undang kebankrapan di negara
ini.
Cadangan pindaan
kepada akta itu dibentangkan Sohaimi mewakili Pemuda UMNO ketika membahaskan usul
ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO.
Sementara itu, Ketua
Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Abdul Kareem Said Kadaied, berkata berdasarkan pengalaman pihaknya ramai anak
muda Melayu menganggur kerana diisytiharkan muflis.
“Saya rasa kita
perlu beri perhatian kerana sistem kini dilihat lebih mesra kepada pihak bank
berbanding rakyat. Di PPIM, kita banyak mendapat kes membabitkan peminjam itu
diisytihar muflis kerana ditipu.
“Bahkan ada
satu kes, pasangan ini membeli rumah dan pemaju tidak membina rumah berkenaan,
lebih dari itu tanah yang dimaksudkan untuk kediaman terbabit adalah jalan
raya,” katanya.
INFO
Muflis
– Lebih 240,000
diisytihar muflis.
– 50,000 berusia
bawah 34 tahun.
– 25.21 peratus
pinjaman kereta.
– 13.15 peratus
pinjaman persendirian.
– 12.31 peratus
pinjaman perumahan.
– 11.26 peratus
pinjaman perniagaan.
– 4.9 peratus
pinjaman kad kredit.